Wednesday, November 17, 2004

cahaya kasihmu 4

“Hai,abang belum makan ubat lagi?”tanya Rya bila dilihatnya Arzan duduk termenung.
“Belum,sekejap lagi.”jawab Arzan bila dilihatnya Rya pulang.

Tersenyum dia memandang gadis itu.Betapa baiknya Rya pada dirinya.

“Maaf,Rya lambat sikit.”diletakkannya sampul surah berisi gambar gambar yang diberi Taufiq padanya tadi diatas sofa.Dia mendekati Arzan sambil membawa ubat dan segelas air.
“Rya terlalu baik pada abang.”dicapainya tangan Rya yang ingin menyuapkan ubat untuknya.

“Makan bang.”ujar Rya.Tidak mahu melayani Arzan.Semakin dilayan semakin menjadi jadi fikirnya.Dia tidak mahu lagi dikecewakan.Cukuplah,dua kali dikecewakan Arzan dulu.

“Terima kasih Rya.”ucap Arzan.Direnungnya gadis itu penuh makna.

“Bila abang boleh keluar bang?”tanya Rya.Menurut Taufiq,keadaan Arzan semakin pulih. Jika mahu Arzan boleh pulang kerumah seperti biasa.

Kini Arzan dah boleh berjalan semula walaupun dengan bantuan tongkat.Namun itu satu perkembangan yang baik.Arzan boleh berlatih sendiri dirumah dan datang keunit terapi seminggu sekali untuk diperiksa.

“Entah,kata Doktor Rahim kalau semuanya okey,dalam minggu ni.”jawab Arzan tanpa perasan perubahan Rya.

Minggu ni?Kalau macam tu nampaknya tak lama lagi aku kena kesana.Cukuplah selama hampir lima bulan Rya disisi abang.Rya harus teruskan perancangan Rya pula.Bisik Rya sendirian.Dia perlu segera berkemas dan menguruskan tiket.Mungkin sebelum urusan jual beli rumah itu dilakukan dia boleh tinggal dihotel.

Lagipun papa dan mama pun galakkan dia kesana.Dia tahu papa dan mama amat memahami dirinya.Sebab itulah papa dan mama tidak menghalang dia kesana.Lagipun saudara sebelah mama ada yang menetap disana.Walaupun dia tidak pernah mengenali sepupunya itu tapi pernah sekali dua dia menemui mereka sewaktu bercuti disana.




Seharian mereka menghabiskan masa bersama.Kepala Taufiq gila gila hari itu,sejak pagi tadi mereka memulakan agenda.Selepas berjogging bersama mereka terus bersarapan dan bermain boling kemudian mereka makan dan menonton wayang.

Kemudiannya mereka bercadang untuk menghabiskan masa meronda ronda ibu negara waktu malam. Sewaktu mereka sedang menikmati minum petang Taufiq menerima satu panggilan telefon.

“Iyalah ma.Okey.”kedengaran Taufiq berbicara.

“La,kenapa tak beritahu awal awal.Fiq cuti hari ni.”Rya melihat berkerut dahi Taufiq berbicara.

“Esok tak boleh lah ma,Fiq ada pembedahan besar esok.Mmm,okey.”Taufiq memutuskan perbualan.Dia merenung Rya didepan mata hingga menjadikan Rya serba salah.

“What wrong?”tanya Rya.

“Rya,kena balik cepat ke?”soal Taufiq tiba tiba.

“Tak,kenapa?”

“Kita kerumah mama Fiq sekejap boleh tak.Adik Fiq terpaksa balik awal ke Manchester. Patutnya minggu depan.Mama suruh Fiq balik sekejap pun jadilah.Boleh tak Rya balik lewat sikit ke hospital?”soal Taufiq.Berharap agar gadis setuju.

“Apa Fiq ni!”marah Rya.Taufiq terkejut menerima reaksi itu dari Rya.

“Berapa lama Fiq kenal Rya.Takkanlah Rya nak hampakan Fiq.Okey,Rya tak kisah,tapi Fiq kena hantar Rya kehospital balik tau.”dia mengusik Taufiq.

“Nakallah Rya ni.”dicuitnya pipi gebu Rya.


“Alamak,ramainya orang kat rumah Fiq ni.”ujar Rya dari dalam kereta.

Nyata keluarga Taufiq tidak kurang hebatnya.Rumah mewah di puncak Bukit Antarabangsa itu terang benderang disimbahi cahaya lampu.Kelihatan enam atau tujuh biji kereta mewah menjalar didepan rumah banglo tiga tingkat itu.

“Kenapa menyesal ke?”usik Taufiq.

“Tak adalah.Tapi kalau Rya tau biar Rya balik naik bas pun tak pe.”ujar Rya.Dia tidak bersedia bertemu dengan ahli keluarga Taufiq.Lebih lebih lagi kedatanganya tidak berjemput.
“Marilah,apa nak segan.Semua tu abang dan kakak Fiq.”pujuk Taufiq.

Takut pula Rya buat hal.Budak tu bukan boleh,tiba tiba karang dia kata nak balik sendiri.Dicapainya tangan Rya,menariknya masuk kedalam rumahnya.

“Tak ada apa apalah Rya.”usik Taufiq saat itu mereka dah pun masuk keruang tamu. Keadaan hingar bingar tadi senyap bila melihat kehadiran mereka.

“Afiq!”Puan Rafida menghampiri Taufiq.Tersenyum lebar,apatah lagi melihat gadis cantik yang dipimpin Taufiq.

Dah lama dia mengidam nak melihat kekasih anaknya itu. Diperhatikannya Rya atas bawah,nyata pilihan Taufiq hebat.Cantik dan lemah lembut. Walau pertama kali bertemu dia dapat membaca perwatakkan Rya.

“Apa kabar Puan.”sapa Rya.Dia serba salah bila menjadi tumpuan keluarga itu.Apatah lagi bila ditenung sebegitu rupa oleh wanita itu.

“Baik.Panggil auntie aje.”jawab Puan Rafidah ramah.Comfirm!Dia setuju dengan pilihan anaknya itu.

“Ma,kenalkan ini kawan Afiq.Rya namanya.”Taufiq memperkenalkan mereka.Sesi berkenalan bersama Rya bermula.

Penat dia menjawab semua persoalan ahli keluarga Taufiq.Lebih lebih lagi anak buah Taufiq yang tidak habis habis memanggilnya mama Rya.Dipadankan dengan panggilan papa Afiq untuk Taufiq.Penat dia melayani kerenah mereka,namun dia terhibur.Lupa yang keluarga itu bukan keluarganya.

Terasa mesra dengan mereka semua.Hari ini baru dia tahu Taufiq mempunyai lapan orang adik beradik. Empat lelaki dan empat perempuan.Dia anak ketujuh dan bawahnya ada seorang adik perempuan.Itulah yang akan ke Manchester.Selama ini Taufiq tidak pernah bercerita dan dia pula tidak bertanya.

Selalunya mereka bercerita tentang dirinya.Malahan penerimaan keluarga itu begitu baik pada dirinya.Tidak sedikitpun mereka bertanya kedudukan ibu bapanya.

“Afiq,ambilkanlah Rya lauk tu.”perintah kakak sulong Taufiq,TarizahBalqis namanya.
“Dia ni pemalu long.”usik Taufiq.Sengaja mengambilkan udang untuk Rya.Sedangkan dia tahu Rya alergik dengan seafood.

“Fiq tahukan Rya tak boleh makan seafood.”bisik Rya geram dengan gelagat Taufiq. Kalau mereka berdua saja tentu dah dicubitnya Taufiq.

“Saja,bila lagi nak kenakan Rya.”ujar Taufiq tersenyum.

“Nah,ambik balik.”Rya meletakkan udang itu kedalam pinggan Taufiq.
“Rya makanlah.Fiq ambil untuk Rya.”Taufiq meletakkan kembali udang itu kedalam pinggan Rya.

“Fiq!”bisik Rya geram.Tanpa disedari perlakuan mereka diperhatikan mama Taufiq.

“Makanlah Rya.”ujar Puan Rafida.

“Baik auntie.”jawab Rya.Dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar.Takut nanti dikatakan kurang sopan.

“Ma,sebenarnya Rya ni alergik dengan seafood.”ujar Taufiq.

“La,dah tu kenapa Afiq buat macam tu.”marah Puan Rafida.

“Bila lagi nak usik dia ni ma.Selalu tu dia aje yang usik Afiq.”kata kata Taufiq itu disambut dengan gelak tawa mereka semua.

“Oo…kiranya sekarang ni nak balas dendamlah ya.”usik abang kedua Taufiq.

“Afiq jangan usik dia selalu,nanti dia lari padan muka.”sambut kakak sulong Taufiq. Merah padam muka Rya dibuat mereka.Dia tersenyum malu.



“Dah lama kak Rya kenal abang Afiq?”soal Tariya bila tinggal mereka berdua didapur.Dia membantu Rya mencuci pinggan mangkuk.

“Dekat setahun lebih.Kenapa?”soal Rya tanpa menyedari maksud disebalik pertanyaan itu.

“Tak adalah,selama ni susah betul abang Afiq nak bawak akak datang.”

“Akak sibuk sikit,lagi pun abang Tari tu tak pernah pelawa akak pun.”

“Abang tu memang.”rungut Tariya.

“Abang jumpa kakak masa dekat London ke?”tanya Tariya lagi.Mahu mencungkil rahsia mereka.

“Em…”jawab Rya.Tiap kali teringatkan pertemuan mereka Rya tersenyum.

“Romantik ke kak?”soal Tariya menyedari Rya tersenyum lebar.

“Sebenarnya abang Tari langgar akak masa akak melintas jalan.”nyata Tariya terkejut mendengar kata kata Rya itu.
“Tapi nasib baik tak apa apa.Luka sikit aje.Kebetulan akak ambil kursus jangka pendek Bahasa Inggeris di Universiti of London.Abang Tari banyak bantu akak masa tu.”

“Oo..macam tu rupanya.Akak tau tak pernah sekali Tari lawat abang kat sana.Dia kata nak pergi jumpa kawan,tapi bersiap macam nak pergi jumpa mak we.Rupa rupanya dia nak jumpa akak.Patutlah Tari nak ikut dia tak bagi”komen Tariya.

Rya hanya tertawa kecil mendengar kata kata Tariya itu.Pernah Taufiq memaksa dia ikut pulang,katanya berkenalan dengan adiknya yang baru datang dari Malaysia.Dia aje yang tak nak.Segan.

“Rya,Afiq panggil,katanya Rya kena balik cepat.Tinggalkan aje nanti along buat.”arah Tariza Balqis.

“Baik along.”Rya mencuci tangan.Dia dah terlewat.Pasti Arzan ternanti nanti kedatangannya.

“Kakak balik dulu ya Tari.”mereka berpelukkan seketika.

“Along,Rya minta diri dulu ya.”Mereka berdua memerhatikan Rya yang menuju kedepan.

“Along,kak Rya tu cantiklah.Dah tu baik pula.”puji Tariya.

“Tari kena ikut contoh kak Rya tu.”

“Orang pulak kena.Tapi seronoklah kalau kak Rya tu jadi kawin dengan abang Afiq.”